Sunday, May 27, 2012

17 hurt at Million Youths Gathering drag race mishap in Putrajaya, Malaysia


The incident was caught on camera. 17 people were injured after a wayward drag race car, crashed onto a pile of spectators.

Saturday, 26th May 2012 is supposed to be fun day for Malaysians in Putrajaya, but for some, it was nightmare.

17 spectators at a drag race held in conjunction with the Million Youths Rally in Putrajaya, Malaysia, were injured on midnight Saturday, 26th May 2012 when one of the competing cars skidded during a trial run.

In the incident at the Wadi Ehsan Highway at Precinct 19 here, the car struck the victims who were watching from outside the permitted perimeters.

Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said four of the victims, who sustained serious injuries, were warded at Putrajaya Hospital, while the driver of the car escaped unhurt.


Ahmad Shabery visits one of the victims Muhammad Iskandar Rasiq Shaari at the Putrajaya Hospital on Sunday. With him is the victim's father Shaari Bujang / The Star pix

He said the race was discontinued and that he would request the organisers to conduct an investigation including lodging a police report.

"I don't want a repeat of the tragedy. We regret what happened. We will see what assistance we can provide to the victims and their families," he told reporters after visiting the scene of the incident.

Ahmad Shabery said the race was arranged by experienced organisers but he had been made to understand that there was no sanctioning body to monitor and supervise competitions of such nature.

He added that he would ask the Cabinet to expedite approval for the building of a "drag" race circuit to avoid any untoward incidents on normal roads.

He said the allocation for the proposed circuit included the construction of a straight race track, measuring at least 800m in length, with special seats for spectators.

Drag racing is a competition in which specially prepared automobiles or motorcycles compete, usually two at a time, to be the first to cross a set finish line.

When asked to comment on claims that the organisers had been negligent about safety, he said it was premature to say this and that he was awaiting a full report on the case.

He said he had also been informed by the organisers that they had cautioned spectators not to go beyond the permitted area, but when the session started, the warning went unheeded as the arena became crowded with about 10,000 spectators.

Meanwhile, Putrajaya police chief ACP Abdul Razak Abdul Majid when contacted, confirmed the incident and said an investigation was ongoing

Thursday, May 24, 2012

Super Amazing Malaysians. Rakyat Malaysia yang terlalu hebat dan cemerlang dalam bidang esktrem

Amazing Malaysians. Rakyat Malaysia yang cemerlang dalam bidang esktrem

Di sini kita bukan membicarakan mengenai sukan biasa iaitu Lee Chong Wei, Nicol David, Pandelela Rinong dan sebagainya.

Namun rakyat Malaysia yang berjaya dalam aktiviti amat esktrem.

Mereka dimaksudkan.


Mohd Noor Mat Amin, berjaya daki gunung Kinabalu hingga ke puncak sebanyak 111 kali berturut turut dimana pendakian kali ke 111 berakhir pada April 2010!!!



M Magendran dan N Mohandas, 2 rakyat Malaysia pertama berjaya tiba di puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest pada 1997.



Muhamad Quqarrabin Mokhtaruddin, yang misinya mahu menjadi pendaki termuda dunia menakluk 7 puncak tertinggi di 7 benua termasuk Everest.



Angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang ke angkasa lepas pada 2007.



Datuk Azhar Mansor, rakyat Malaysia pertama kelilingi dunia gunakan kapal layar tanpa motor selama 190 hari pada 1999.



Datin Paduka Sharifah Mazlina, wanita pertama dunia yang berjaya rentasi Artik dan Antartika secara solo dalam 2 ekspedisi berasingan!!





Abdul Malik Mydin, lelaki pertama Malaysia dan Asia Tenggara renangi merentasi Selat Inggeris pada 2003.




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menjadi Raja Muda Selangor, pernah mengelilingi dunia secara solo pada 1995 dengan kapal layar, SY Jugra selama 22 bulan.

Pada 1997, Baginda juga pernah menyertai Motor Challenge dari Peking, China ke Paris, Perancis dalam kategori kereta antik, menggunakan kereta Ford Model B 1932 dimana Baginda berjaya mengharungi perjalanan 16,000 km dalam masa 43 hari.

Pada 1986, Baginda juga pernah memandu kereta Proton Saga dari Kota Kinabalu ke Kuching sejauh 1,111 km dalam masa 2 hari.





Abdul Malik Mydin, rakyat Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang berjaya berenang merentasi selat Inggeris dari Dover, England ke Calais, Perancis pada 3 Ogos 2003 dalam masa 17 jam 42 minit. Kita nak berenang 10 minit pun tak boleh, apa lagi 17 jam tanpa henti!!


Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, yang berjaya merentasi kutub utara dan kutub selatan secara solo dalam 2 ekspedisi berasingan. Dia wanita pertama dunia yang merentasi Artik dan Antartika secara solo. Hebat!! Datin Paduka menghadapi pelbagai cabaran termasuklah ancaman beruang kutub atau polar bear dan risiko jatuh ke air sejuk beku akibat runtuhan ais, namun dia berjaya melakukannya secara solo.


Datuk Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar bernama Jalur Gemilang pada 1999, selama 190 hari. Pernah tiang layar kapal layarnya patah di Argentina dan diterbangkan menerusi penerbangan khas TUDM dari Malaysia ke Argentina!!


Muhamad Quqarrabin Mokhtaruddin, yang misinya mahu menjadi pendaki termuda dunia menakluk 7 puncak tertinggi di 7 benua termasuk Everest, Kala-pattar, Aconcagua, Mc Kinley dan Kilimanjaro. Pada 2004, anak muda ini pernah tiba hingga ke puncak Gunung Everest, gunung tertinggi dunia.


M Magendran dan N Mohandas, 2 rakyat Malaysia pertama berjaya tiba di puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest setinggi 29, 028 kaki atau 8,848 meter pada 23 Mei 1997, diiringi 3 Sherpa, sekaligus mengikuti jejak pendaki lagenda dunia, Sri Edmund Hillary.


Mohd Noor Mat Amin – jurugambar Utusan Malaysia yang berjaya mendaki puncak Kinabalu, puncak tertinggi Borneo setinggi 4,098 meter sebanyak 111 kali berturut turut selama 111 hari berakhir 20 April 2010. Tenaganya sekuat Superman dan Ultraman combined!!


Dr Sheikh Muszaphar Shukor – yang menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas menaiki roket Russia Soyuz TMA pada 10 Oktober 2007.

Dr Sheikh Muszaphar juga seorang doktor bedah ortopedik, menetap 11 hari di ISS atau International Space Station.

Namun, angkasawan kacak tampan ini menghancurkan hati ribuan wanita di Malaysia apabila berkahwin pada 10.10. 2010 dan kini bergelar bapa kepada seorang anak perempuan.

Siapa pula Pencipta Pen Drive USB Single Chip pertama dunia? Sudah pasti anak muda Malaysia bernama Pua Khein-Seng

Syabas Malaysia. Hidup Najib!! Hidup Liverpool!!!

Apa kata kita buang saja Abramovich ke dalam laut sebelum dunia bolasepak menjadi binasa??


Roman Abramovich, si jutawan gila dari Russia yang tidak tahu apa apa mengenai bolasepak, sudah banyak jurulatih cemerlang dan terbaik dunia yang dibuangnya dari Chelsea. Abramovich harus dibuang ke laut atau dipenjara 500 hari tanpa makanan dan minuman, untuk menyelamatkan bolasepak dunia. Bodoh punya Abramovich!!



Carlo Ancelotti - jurulatih hebat ini dibuang Abramovich


The Special One, Jose Mourinho, antara jurulatih bolasepak terbaik dunia tapi dibuang juga oleh Abramovich.



Andre Villas Boas patut mendapat pujian atas kejayaan Chelsea juara Champions League 2011/2012, bukannya Roberto Di Matteo, namun kebodohan Abramovich menyebabkan Villas Boas hanya mengecap aksi 9 bulan selaku jurulatih Chelsea di Stamford Bridge.




M Karathu kenapa? Mourinho why? Ancelloti why? Andre-Vilas Boas why?

Kita kadangkala tak faham dengan sikap setengah persatuan bolasepak atau pemilik kelab bolasepak di Malaysia dan Luar Negara yang membuang jurulatih yang sudah membawa pelbagai kejayaan kepada pasukan kelab/negeri atau negara.

Jika ini berlaku, maka ia 1 kehilangan besar kepada pasukan berkenaan.

Kita geram juga dengan pihak yang membuang jurulatih berjaya.

Suruhlah orang itu bermain bola sendiri atau latih pemain. Lihat boleh atau tidak?

Contoh jurulatih yang menjadi mangsa keadaan ialah M. Karathu yang dilepaskan sebagai jurulatih Kelantan pada hujung 2011 meskipun baru membimbing Kelantan, The Red Warriors selaku juara Liga Super 2011, buat pertama kalinya.

Begitu juga Carlo Ancelotti yang dibuang selaku pengurus Chelsea pada May 2011 oleh pemilik Chelsea, si jutawan bodoh dari Russia yang tidak tahu menendang bola, Roman Abramovich, meskipun Ancelotti membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Piala FA pada 2009 – kejuaraan berganda.

Begitu juga The Special One, Jose Mourinho yang dibuang selaku pengurus Chelsea pada September 2007 oleh orang yang sama iaitu Abramovich meskipun membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris musim 2004/2005, iaitu kejuaraan buat pertama kali kelab The Blues dalam tempoh 50 tahun serta Piala Liga, dalam musim pertama Mourinho bersama Chelsea.

Dalam musim kedua bersama Chelsea, Mourinho membawa Chelsea juara Liga Perdana Inggeris buat kali kedua bertutur turut pada musim 2005/2006.

Pada musim 2006/2007, The Special One membawa Chelsea juara berganda Piala FA dan Piala Liga serta naib juara EPL. Itupun si bodoh Abramovich buang Mourinho juga.

Selepas Chelsea, Jose Mouruniho menjadi pengurus paling berjaya dalam bolasepak dunia apabila membimbing Inter Milan juara Champions League 2010, Juara Serie A 2010 dan Juara Piala Itali 2010 serta Real Madrid selaku Juara La Liga Sepanyol musim 2011/2012.

Selepas Mourinho dibuang, penggantinya turut dibuang oleh Abramovich iaitu Carlo Ancelloti, Luiz Felipe Scolari dan terbsru Andre Villas Boas.

Apa kata kita buang saja Abramovich ke dalam laut sebelum dunia bolasepak menjadi binasa??

Mata dan Kaki dalam sukan, Juan Mata dan Abubaker Kaki,


Juan Mata - pemain bolaepak Chelsea dan Sepanyol



Abubaker Kaki Khamis, pelari 800 meter dunia dari Sudan, Afrika.

Sukan : Mata dan Kaki

Dalam arena sukan antarabangsa, ada saja nama atlit atau ahli sukan yang menggelikan hati kita.

Antaranya Mata dan Kaki.

Mata ialah pemain hebat Chelsea, Juan Mata yang sudah menjaringkan banyak gol menakjubkan untuk The Blues dan juga adalah pemain antarabangsa Sepanyol.

Manakala Kaki pula merujuk kepada Abubaker Kaki Khamis, atlit lumba lari 800 meter dari Sudan, Afrika yang disegani.

Abubaker adalah juara remaja dunia 800 metre dan juara dunia 800 meter dalam dewan dengan catatan terbaik 1 minit 42.23 saat pada Jun 2010. Hanya David Rudisha dan Sebastian Coe boleh berlari lebih pantas daripada kaki pantas Abubaker Kaki.

Hmmm demikianlah hikayat Mata dan Kaki.

Adakah atlit yang bernama Kepala, Dagu dan Dahi? Atau Telinga, Lutut, Dada dan Perut?

Tak tahulah..

Penyelesaian total isu dadah – BOM SAJA MAKMAL DAN LADANG DADAH



Penyelesaian total isu dadah – BOM SAJA MAKMAL DAN LADANG DADAH

Dadah adalah masalah sejagat dan sukar ditumpaskan Polis dan pihak berkuasa lain.

Penyelesaian yang kerap kita dengar, tangkap keldai dadah atau pengedar atau penagih dadah.

Bagi saya, untuk selesaikan masalah ini, kena pergi ke ROOT OF THE PROBLEM atau punca masalah itu.

Iaitu cari dan kesan Makmal membuat dadah atau ladang penanaman dadah seperti Ganja, dan musnahkan dengan apa cara sekalipun.

Hanya itu caranya isu Dadah dapat diatasi dengan berkesan di dunia.

Menghukum pengedar dadah dan raja dadah bukan penyelesaian total kerana ada saja kuncu kuncunya yang baru akan muncul.

Namun jika sumber dadah seperti makmal dan ladang ganja sudah musnah, maka tiada DADAH yang diedar lagi.

If you fail today, there will always be tommorrow.



Peribahasa :

If you fail today, there will always be tommorrow.

Jika anda gagal hari ini, akan ada hari esok di mana anda boleh berjaya.

There is always lights at the end of the tunnel.

There is always room for improvement.

Monday, May 21, 2012

Lin Yu Chun, penyanyi amat hebat di Taiwan hingga digelar Susan Boyle Taiwan


Susan Boyle (kiri) dan Lin Yu Chun (kanan)


Lin Yu Chun adalah lelaki dari Taiwan namun boleh menyanyikan lagu I Will Always Love You lebih baik daripada penyanyi asalnya Whitney Houston


Susan Boyle juga popular di Britain



Lin Yu Chun, Susan Boyle Taiwan.

Susan Boyle pernah menggemparkan Britain apabila mempunyai bakat menyanyi yang amat bagus, meskipun penampilan wajahnya agak biasa dan selamba.

Di Taiwan, ada seorang individu berketrampilan umpama Susan Boyle.

Individu dimaksudkan Lin Yu Chun sehingga dia digelar Susan Boyle Taiwan.

Saksikan kehebatan Lin Yu Chun dan Susan Boyle sebenar.



Siapa sangka, mungkin anda juga ada bakat seperti Susan Boyle dan Lin Yu Chun. Cobalah ikut ujibakat yang banyak terdapat di Malaysia. Thanks.

Astro Tamak, nak bolot semua program sukan antarabangsa



Astro Tamak

Sebelum wujud Astro, stesen TV di Malaysia seperti RTM dan TV3 tidak tamak dan saling berkongsi hak penyiaran bagi acara sukan berprestij dan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Piala Dunia FIFA dan kejohanan badminton All England serta juga Euro dan Liga Perdana Inggeris.

Namun sejak Astro mula beroperasi, stesen swasta itu amat tamak, membolot hampir kesemua Temasya Sukan di dunia tanpa memberi peluang langsung kepada stesen TV lain untuk cari makan.

Mana boleh macam tu. Kata Orang Tua, ORANG TAMAK SELALU RUGI.

Dahlah begitu, Astro juga mengenakan bayaran, bukannya percuma seperti RTM, TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Jika tak bayar, melalaklah, tak ada peluang tengok TV beb.

Namun TV3, RTM dan stesen lain tak payah bayar, pakai aerial dan antenna biasa je, dah dapat siaran. Malahan Lesen TV pun dah dimansuhkan kerajaan.

Astro juga ada iklan dalam siarannya. Sepatutnya jika stesen TV berbayar atau Pay Per View, PPV, tak boleh ada iklan berjela jela seperti PPV popular Amerika kelolaan WWE atau World Wrestling Entertainment. Perhatikan jika PPV, tiada iklan langsung, sebaliknya yang dipertontonkan ialah Gusti 100% dari mula hingga akhir siaran.

Itu barulah Professional, bukannya macam Astro.

Selepas sekian lama stesen TV lain berduka, pada 18 April 2012, Menteri Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi khabar gembira kepada stesen TV lain apabila mengumumkan tiada lagi stesen TV yang boleh memonopoli hak penyiaran kejohanan sukan terbesar dan berprestij dunia spt Olimpik, Piala Dunia dan Temasya Lain. Umum tahu bukan rahsia Astro tamak dalam hal ini.

Menurut Rais lagi, arahan baru itu berkuat kuasa 1 Mei 2012. Kotooo Astro. Inilah yang kita mahukan.

Kisah Adele > Siapa kata penyanyi berbadan agak gempal tidak boleh menang anugerah lagu terbaik dunia?






Siapa kata penyanyi berbadan agak gempal tidak boleh menang anugerah lagu terbaik dunia?

Itulah yang dibuktikan penyanyi British, Adele yang menang 6 anugerah Grammy pada 12 Februari 2012.

Anugerah dimenangi Adele termasuk Album of the Year menerusi Albumnya 21, Record of the Year dan Song of the Year menerusi lagu super hitsnya “Rolling in the Deep.”

Oleh itu kepada penyanyi gempal di sana, ambilah iktibar dari kemenangan Adele.


Adibah Noor






Dina

DI Malaysia pun ada beberapa penyanyi gempal yang vokalnya super hebat iaitu Bob dari Akademi Fantasia, Aizat (dulu gempal sekarang kurus), Adibah Noor, Dina (one in a Million), Sharifah Aini, dan dulunya kumpulan KU2.

Dunia kehilangan 2 lagenda disko dalam tempoh 5 hari antara 17 May 2012 hingga 21 May 2012, Donna Summer dan Robin Gibb dari Bee Gees


Donna Summer, lagendai disko ini meninggal dunia pada 17 Mei 2012 ketika berusia 63 tahun di rumahnya di Naples, Florida, USA, akibat kanser paru paru yang tiada kaitan dengan merokok kerana dia bukan perokok.



Selang 5 hari selepas kematian DOnna Summer, dunia muzik dikejutkan berita kematian Robin Gibb, atau nama sebenarnya Robin Hugh Gibb, lahir pada 22 December 1949 dan meninggal dunia pada 20 Mei 2012 pada usia 62 tahun, juga akibat kanser.

Robin bersama abangnya Barry dan Maurice menubuhkan Bee Gees kumpulan super terhebat di dunia pada 1970an yang menjual 220 juta album. Maurice meninggal dunia pada Januari 2003, meninggalkan hanya Barry Gibb.


Maurice, Barry dan Robin




Ini antara lagu popular Donna Summer atau nama sebenarnya LaDonna Adrian Gaines (December 31, 1948 – May 17, 2012).



Too Much Heaven - antara lagu popular Bee Gees

Rest in Peace Donna Summer, Robin Gibb as well as Maurice Gibb.

Kegunaan taring babi hutan....





Kegunaan taring babi hutan – dikatakan kebal...!!

Taring babi hutan yang berbentuk melengkung hampir bulat dilaporkan mempunyai banyak kegunaan mistik.

Antaranya, si pemakai dikatakan kebal dan tidak lut oleh senjata tajam mahupun peluru.

Diriwayatkan juga taring berbentuk hampir bulat itu juga boleh mendatangkan tuah dan rezeki kepada si pemakainya.

Benarkah ini? Hmmmmm ramai rakan yang menceritakan sedemikian kepada saya dan saya pun kurang pasti. Apapun taring sedemikian dilaporkan jarang ditemui dan sukar dijumpai.

Nah, kita tahu benda benda yang jarang ditemui dan sukar dijumpai ini mempunyai kesaktian dan keistimewaan tersendiri.

Adakah kekebalannya seperti manusia di bawah ini di Indonesia yang ditembak bertalu talu sebanyak 107 das oleh polis tapi tidak mati??? Lelaki yang dikenali Tarzan itu hanya mati selepas jarinya yang memakai cincin kebal, ditembak sampai putus barulah dia mati.

2 Fukushima yang terkenal di Jepun > Tragedi loji nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima


Inilah letupan di loji nuklear Fukushima Daichi Jepun akibat gempa bumi teramat kuat magnitud 9.0 skala Ritcher.


Ini pula atlit pecut Jepun, Chisato Fukushima

Tragedi nuklear Fukushima dan atlit pecut Jepun Chisato Fukushima

Fukushima amat terkenal di Jepun, kerana 2 sebab berbeza.

Sebab pertama ekoran kerosakan Loji Nuklear Jepun di Fukushima akibat Gempa Bumi dan Tsunami yang menggegarkan negara matahari terbit itu pada 11 Mac 2011.

Selepas lebih setahun, krisis Nuklear Jepun yang dicetuskan loji Fukushima selesai, hasil kerja keras saintis Jepun.

Chisato Fukushima pula atlit jelita Jepun yang menjuarai acara pecut 200 meter di Sukan Asia Guangzhou 2010.

Chisato Fukushima akan mewakili Jepun dalam sukan Olimpik London 2012, pastinya dalam acara kegemarannya.

Itulah 2 Fukushima yang terkenal di Jepun.

40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.







40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.

Menurut kajian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB, aktiviti jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah industri kedua paling besar mencatat pertumbuhan dan keuntungan di belakang aktiviti pengedaran dadah.

Sindiket pemerdagangan manusia di seluruh dunia mengaut keuntungan berbillion ringgit hasil penyeksaan dan penderitaan mangsanya yang dijual beli umpama barang dan komoditi dan seterusnya dieksploitasi sebagai buruh paksa, pekerja seks dan pelbagai tujuan lagi.

Menurut PBB, rakyat Malaysia turut terlibat dalam industri terlarang ini di luar negara dengan 40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terlibat dalam kegiatan haram itu sehingga Mei 2010.

Kita tahu ramai juga rakyat Malaysia turut dipenjarakan di luar negara kerana kesalahan menjadi keldai dadah atau penyeludup dadah. Kes ini berlaku di China, Amerika Selatan dan negara lain.

Umum tahu, meskipun hukuman mengedar dadah dan memperdagangkan manusia adalah amat berat termasuk hukuman mati, namun mereka tetap melakukannya kerana mahukan wang.

Sindiket pemerdagangan manusia turut wujud di Malaysia. Modus operandinya samada membawa rakyat asing termasuk dari Filipina dan Indonesia ke Malaysia dengan janji ditawarkan pekerjaan bergaji lumayan seperti di perladangan, hotel dan sektor lain. Namun setiba di Malaysia, lain pula jadinya. Mereka dipaksa menjadi pelacur dan akan dicederakan dan dikebulurkan jika enggan menurut arahan.

Ada juga bayi yang diperdagangkan.

Pada 12 April 2012, Polis memaklumkan lebih 3 bayi dipercayai diperdagangkan dengan dijual sindiket antarabangsa yang didalangi wanita Singapura di Bukit Tinggi, Klang, Selangor yang dikesan pada Jumaat 6 April 2012 lalu.

Malaysia komited memerangi kegiatan itu termasuk memperkenalkan undang undang anti penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan migran 2007 yang diluluskan di Parlimen. Peruntukan hukumannya juga berat, denda sehingga 1 juta ringgit dan penjara sehingga 30 tahun.

Syabas Malaysia, semoga tiada lagi mangsa pemerdagangan manusia di alam fana dan muka bumi ini.

Gadis Malaysia awas, anda boleh dirogol menerusi pukau!!!



Alangkah mudahnya gadis di Malaysia ni di rogol.

Ini kerana gadis gadis ini mudah mengikut lelaki yang tidak dikenali dan akhirnya dirogol. Bodoh kan? Kalau diculik tu lain cerita lah.

Ini kisah gadis sunti perawan berusia 16 tahun tingkatan 4 di Terengganu yang dirogol setelah ponteng sekolah.

Sepertimana dilaporkan Berita Harian pada Isnin 21 Mei 2012.

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman, Terengganu yang mengikut rakannya ponteng sekolah membawa padah, apabila menjadi mangsa rogol selepas dipukau seorang lelaki.

Sumber berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertentang mata dengan seorang lelaki yang juga kenalan rakannya itu, sebelum mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan kesakitan di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Kijal, Rabu 16 Mei 2012 lalu.

Katanya, mangsa pada mulanya memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan kawasan sekolahnya itu.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa mengikut rakannya bertemu teman lelakinya yang datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah kereta PERODUA MyVi.

“Mangsa kemudian diajak bersiar-siar dan menaiki kenderaan itu bersama rakannya dan pada masa sama ada seorang lagi lelaki dalam kenderaan berkenaan.

“Mereka berempat kemudian menaiki kenderaan berkenaan dan bersiar-siar sebelum mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi.

“Sebaik memasuki rumah itu, mangsa disuruh menonton televisyen, manakala rakannya bersama teman lelaki sudah tiada di ruang tamu rumah itu,” katanya.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

Katanya, apabila mangsa sedar setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami kesakitan di kemaluan.

Katanya mangsa yang terkejut bertanyakan suspek yang kemudian mengaku sudah memperkosa mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, yang mengesahkan kejadian berkata mangsa yang trauma dengan keadaan itu membuat laporan di Balai Polis Kijal pada jam 11 pagi hari sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis kini menjalankan operasi memburu suspek.

Bodoh kan??

Saturday, May 19, 2012

Percutian anak Sabah di Perancis


Airbus Complex di Toulouse


Istana Lama Carcassone, di sempadan Perancis - Sepanyol




Ini video yang sempat kami rakamkan. Dengarkan, ada loghat percakapan Sabah di tengah tengah Paris!! Woww.. Aramaitiee

Percutian anak Sabah di Perancis dan Aramaitiee di Restoran dungeon bawah tanah di Toulouse, Selatan Perancis.

Pada 8 hingga 10 April 2010, saya berkesempatan ke Perancis untuk majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 kepada syarikat penerbangan Maswings, anak syarikat penerbangan Malaysia, MAS.

Penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat Boeing 777 mengambil masa 12 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris pada jam 6 pagi waktu Perancis bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia.

Perbezaan masa antara Perancis dan Malaysia ialah 6 jam.

Bulan April, tiada salji namun cuacanya amat sejuk di waktu malam, dibawah 5 Celcius.

Setiba di Paris, kami mengambil penerbangan Air France ke Toulouse selama 1 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus.

Selepas berehat di Toulouse, kami dibawa makan malam ke sebuah restoran dungeon atau restoran bawah tanah berusia 1,000 tahun di Toulouse.

Lumrah orang Perancis, masa makan malam, pasti ada Red Wine.

Maka sambil minum wine, kami menjamu selera.

Rupanya selepas meneguk beberapa gelas red Wine, rasa mengantuk kami kerana jet lag terus hilang.

Maka kami pun mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakan rakan dari Perancis sambil belajar bahasa Perancis.

Saya pun dapat belajar beberapa bahasa Perancis seperti Bonjour bermaksud Hello atau Good Morning, Merci maksudnya Terima Kasih, Merci Boku – Terima Kasih Banyak dan ada lagi tapi saya lupa.

Maka orang Perancis tanya kami, apa Cheers atau Minum dalam bahasa Sabah dan kami jawab “ARAMAITIEE”!!

Selepas 4 botol besar Red Wine dihabiskan, orang Perancis itu tadi yang namanya Christophe, sering mengulangi perkataan ARAMAITIEE kerana dia sudah high atau kick atau sudah terkena kesan alkohol Red Wine.

Esoknya kami menghadiri majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 di pusat pemasangan pesawat ATR di Tolouse yang bersebelahan dengan kompleks pembinaan pesawat Airbus.

Sungguh besar kompleks itu, tidak hairanlah Toulouse dikenali sebagai bandar Udara di Perancis sama seperti bandar Seattle di USA yang menjadi pusat pemasangan pesawat Boeing.

Pesawat terbesar dunia iaitu Airbus A380 turut dipasang di Toulouse.



Selepas majlis di Toulouse selesai, kami dibawa melancong ke Carcassone, sebuah bandar berhampiran sempadan Sepanyol yang berbangga kerana memiliki Istana Lama Carcassone yang dibina ratusan tahun dahulu dan kini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Istana Lama Carcassone turut dijadikan tempat pengambaran filem Robin Hood dibintangi aktor Hollywood, Russel Crowe yang pernah berlakon dalam Gladiators.

Dari Carcassone, kami menaiki pesawat ATR 72-500 ke Paris selama 1 jam setengah dan mendarat di lapangan terbang Le Bourget disebut La Borje yang menempatkan ratusan pesawat persendirian.



Selepas menghabiskan masa 4 jam di pusat beli belah dekat Le Bourget, kami memasuki pusat bandar Paris sekitar 7 malam dan menyaksikan ratusan manusia sedang bersantai di bandaraya tersohor itu di tepi Sungai Seine.

Saya dapat melihat bangunan Muzium Louvre yang menempatkan potret paling mahal di dunia Mona Lisa yang dilukis Leornado Da Vinci.

Saya juga nampak bangunan Notre Dame.

Kami kemudiannya makan di sebuah restoran Pakistan dekat Eiffel Tower.

Menariknya, orang Pakistan itu menawarkan kami Red Wine without alcohol.

Selepas habis makan malam sekitar 10 malam, kami melawat pula Eiffel Tower pada waktu malam. Setiap 1 jam, menara ikonik Eiffel Tower bergemerlapan dengan pertunjukan lampu yang amat indah sekali.

Cuacanya sejuk 5 Celcius dan ramai penjual cenderamata berupa kunci dan replika model Eiffel Tower kelihatan mencari pelanggan, kebanyakan mereka golongan pendatang.

Dengan hanya 10 Euro anda boleh mendapat 20 pemegang kunci Eiffel Tower.

Selepas 1 jam di Eiffel Tower, kami melalui pula lorong paling terkenal di dunia iaitu Champ Elysess sehingga ke pintu Gerbang Paris.

Kami tidur di sebuah hotel di pinggir Paris yang turut menempatkan ramai pramugara dan pramugari dari MAS.

Selamat Tinggal Paris.

Au Revoire. Je Taime.

Khasiat Gamat untuk kesihatan


Gamat dilaporkan amat baik untuk kesihatan.

Ia mengandungi khasiat semulajadi untuk memperbaiki sistem ketahanan diri.

Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Gamat adalah famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia.

Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas”.

Oleh itu, saya syorkan anda semua mengamalkan pemakanan Gamat sebagai alternatif kesihatan diri.

Sekian, terima kasih kerana membaca blog Malaysian Hollywood 2.0

Makanan Tradisional Sabah Tuhau dan sompoton boleh diinovasi



Siapa sangka produk makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun-Murut, seperti Tuhau, boleh dinilai tambah untuk dikomersialkan menerusi proses inovasi sains.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada tahun 2011, program Jejak Inovasi yang dilaksanakan di Zon Pedalaman Sabah di Daerah Keningau) telah berjaya menjejak 12 produk inovasi. Ini membuktikan bahawa masyarakat pedalaman Sabah mempunyai inovasi mereka sendiri.

Sebagai contoh, produk tuhau, sejenis makanan tradisional Kadazan Dusun yang dihasilkan Puan Wasinah Kuntagil telah menerima dana Innofund MOSTI sebanyak RM100,000. Beliau akan dibantu oleh Technology Park Malaysia untuk menambahbaik kaedah pembuatan supaya dapat mengkomersilkan produk tuhau di peringkat nasional.

Produk Mini Hidro Elektrik yang dibangunkan oleh Encik Abdul Hamid Jasmin dari Kampung Libang Laut juga telah dinaiktarafkan dan diberi penambahbaikan kepada infrastruktur sedia ada.

Manakala produk Encik Philipus Jani iaitu Saksofon Buluh telah dikenalpasti oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah program Fast Track bagi tujuan pengkomersilan.

Turut berpotensi untuk diinovasikan, Produk-produk lain seperti Mesin Pelerai Padi, Serbuk Minuman Halia, Penuai Padi daripada Pemotong Rumput juga telah dikenalpasti bagi tujuan bantuan inkubasi melalui Centre for Entrepreneurship & SME Development di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Sabah.

Monday, May 14, 2012

Mr Bean pernah berlakon filem James Bond "Never Say Never Again"





Mr Bean pernah berlakon Filem James Bond.

Siapa sangka Rowan Atkinson yang amat dikenali dengan watak kelakar hitsnya Mr Bean, sebenarnya pernah berlakon filem James Bond, Never Say Never Again pada 1983.

Dalam filem itu, watak agen British 007 dipegang Sean Connery dan Mr Bean memegang watak kakitangan kedutaan British di sebuah negara Carribean yang ditugaskan membantu James Bond.



Babak Mr Bean dalam filem itu memang kelakar apabila Sean Connery menyuruhnya bergerak secara sembunyi sembunyi dan Bean berjalan sambil menyorok di antara beberapa tiang besar dalam keadaan amat melucukan.

Dia juga memanggil nama James Bond dengan kuat di khalayak ramai meskipun tahu ini misi rahsia dan James Bond tidak boleh didedahkan identitinyaQ!!

Hahahahaa..



Selain itu Mr Bean juga pernah belakon filem 3 Weddings and a Funeral pada 1994 dimana dia memainkan watak Paderi dan ketika mengahwinkan sepasang suami isteri, Bean berkata “will u take her as your AWFUL WIFE” sepatutnya dia berkata LAWFUL bukannya AWFUL!!!

AWFUL bermakna teruk dan ayat Bean itu bermaksud “Sudikah anda menjadikan wanita ini sebagai isteri anda yang teruk”!!!



Jika dalam siri Mr Bean, dia memandu kereta Fiat yang kecil, Mr Bean sebenarnya meminati kereta berkelajuan tinggi.





Dan dia pernah cedera akibat kemalangan namun kini sudah pulih.

Itulah Mr Bean yang selalu mengeletek kita dengan karenah dan onaknya yang lucu.

Hahahaha....

Yu Yan, jaguh badminton wanita China yang sentiasa senyum.


Yu Yan, jaguh badminton wanita China yang sentiasa senyum, dilahirkan pada 7 April 1986.

Yu Yan dikenali sebagai pemain bergu wanita badminton paling handal di dunia ini dan sudah menang pelbagai gelaran bergu Wanita termasuk juara All England, Pingat Emas Sukan Olimpik Beijing 2008 bersama Du Jing dan juara Kejohanan Dunia 2011 di England.

Namun selain skill hebat dan menakjubkan, apa yang membezakannya dengan pemain badminton wanita lain ialah sifatnya yang suka tersenyum tidak kira dia sedang mendahului lawan atau sedang kalah.

Tak kira dia kalah atau menang, Yu Yan sentiasa senyum.

Jika menang, senyum Yu Yan bertambah besar dan jika kalah, dia tetap senyum.

Pada final All England 2012, Yu Yan dan pasangannya tewas kepada 1 lagi pasangan China, namun dia tetap senyum.

Itulah keistimewaan Yu Yan.


Detik Yu Yan dan Du Jing menang pingat Emas Bergu Wanita Sukan Olimpik 2008 di Beijing tewaskan pasangan Korea.

Ketua Eksekutif LHDN yang mesra dan sering senyum



Perbezaan ketua pengarah LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri dulu dan sekarang. Yang dulu amat peramah dan sentiasa tersenyum tapi yang sekarang ni tak mesra.

Yang dulu selalu senyum masa ditemuramah media sebab dia kata kalau nak suruh orang bayar Income Tax kena mesra.

Hmmm bagus yaaa...

Apa tunggu lagi, pergilah bayar cukai, untuk negara.

Kenapa SONY rugi besar?





SONY jenama terkenal dunia tapi mengapa rugi USD6.4 Billion pada 2011?

Antara produk terkenalnya, kamera video dan still photo termasuk Betacam dan Betamax.

Apa sudah jadi dengan SONY?

Harap SONY terus berjaya selepas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs